KALAU ARAB BOLEH CAKAP MELAYU, KENAPA MELAYU SUSAH CAKAP ARAB?????

KALAU MAT ARAB NI BOLEH CAKAP MELAYU DENGAN FASIH SEKALI TANPA ADA SIKIT KECACATAN DIALET, MENGAPA MELAYU TIDAK BOLEH BERBAHASA ARAB PULAK SEPERTINYA.......TEPUK DADA TANYA IMAN????

Monday, June 8, 2009

20 HARI KU DI BUMI OMAN


Bumi Oman..........satu rehlah yang tertera dalam diari hidup aku, bagai mimpi yang tak pernah aku impikan...namun takdir jua yang menentukan segalanya.
Setelah 20 hari aku berada di bumi Oman, kenangan indah dan ilmiah yang ku perolehi mematangkan aku dalam arena pendidikan. Dan sekarang aku lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan pencinta bahasa syurga ini.
seramai 26 orang iaitu 14 Guru j-QAF Bahasa Arab mewakili setiap negeri 6 orang pensyarah dari Institut Perguruan Malaysia, seorang pegawai kurikulum KPM, seorang pegawai Bahagian Pendidikan Islam KPM, seorang Pegawai j-QAF negeri, dan seorang pegawai bahasa arab negeri. Ini bermakna satu delegasi membawa satu misi untuk menerjah ruang pendidikan bahasa arab Oman untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Bayangan awal tentang negara arab bagi kami semua adalah sesuatu yang amat memeritkan, namun Oman mengubah persepsi kami tentang Arabi. Bermula dari penginapan hinggalah ke seisi lawatan semuanya membawa kami mempelajari sesuatu yang amat berharga untuk dibawa pulang. insyaAllah aku akan sambung pengalaman dan cerita dari bumi Muscat Oman.

0 comments:

Post a Comment